Monday 24 September 2012

Tips Penjagaan Perabot



Penjagaan Perabot Adalah Penting untuk mengekalkan kecantikan rumah anda

1. Tips yang pertama bagi menghilangkan debu pada rangka perabot anda boleh mencucinya dengan kain lembap seminggu sekali. Jika rangka perabot anda jenis kayu jati, alternative lain ialah dengan menggunakan minyak kayu murni dan dilap beberapa bulan sekali untuk mengembalikan serinya.
2. Jika anda ingin melihat perubahan yang ketara dan lebih efektif, anda boleh membersihkan perabot kayu dengan 10 titik lemon yang dicampur satu suku minyak mineral dan lap dengan kain lembut.
3. Sesetengah orang menggunakan plastik untuk membalut permukaan upholsteri menyebabkan kesan habuk lebih ketara. Pilihan lain anda boleh menggunakan kain jenis scotch guard yang mempunyai lapisan pelindung untuk fabric upholsteri terutama pada tempat duduk sofa. Anda hanya perlu kebas permukaan fabric ini untuk menghilangkan habuk.
4. Fabric upholsteri adalah kalis air, walaubagaimanapun, jika terdapat cecair yang tumpah di atas fabric jenis ini perlu segera dilap kerana jika dibiarkan lama menyebabkan air menyerap ke dalam kain dan ini boleh menjejaskan seri serta mutunya.
5. Selubungkan semua jenis perabot dengan kain untuk mengelak debu tebal, seandainya anda ingin meninggalkan rumah selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan.
6. Akhir sekali cara terbaik untuk menjaga permukaan perabot supaya mengekalkan serinya untuk tempoh yang lama dan tidak berhabuk, tindakan menyelimut perabot boleh dibuat setiap malam sebelum tidur.

Tips Dan Panduan Menghias Semula Rumah


Sebenarnya rumah anda boleh dihias semula secara percuma atau hanya dengan menggunakan kos yang rendah. Antaranya dengan mengosongkan sebahagian ruang atau bilik dari perabot atau perkakas yang jarang digunakan dan cara ini akan memberikan suasana luas dan besar kepada ruang tersebut. 

Pilihan warna yang neutral
, terang atau cerah dalam mengecat dinding rumah akan lebih menyerlahkan keluasan ruang daripada penggunaan warna gelap kepada dinding. Mengecat dinding dengan warna cerah juga akan menukar suasana dan mood sesuatu ruang. Begitu juga dengan menukar kertas dinding atau karpet dalam sesuatu ruang akan memberikan suasana ruang yang baru dan moden. 

Berikut adalah 3 tips mudah untuk menghias semula rumah anda.

1. Menyusun Semula Perkakas & Perabot Rumah

Bergantung kepada keluasan sesuatu bilik atau ruang, semua perabot dalam ruang itu perlulah dipilih mengikut kesesuaian ruang. Sesetengah orang yang mempunyai rumah kecil membuat kesilapan dengan meletakkan perabot yang besar dalam rumah mereka. Untuk mendapatkan keselesaan dalam sesuatu ruang/bilik dan menjadikan seolah-olah ruang tersebut luas, adalah baik jika anda menghiasnya secara sederhana.

Sebagai permulaan, cuba periksa setiap ruang/bilik dalam rumah anda dan tentukan atau asingkan jenis perabot yang perlu dikekalkan dan jenis perabot yang menyemakkan bilik; keluarkan perabot yang tak digunakan (dan simpan atau jual!). Jika anda ada ruang tamu yang kecil, cukuplah dengan set sofa 3-seater dan 2-seater yang sederhana besarnya, elakkan dari menggunakan set sofa yang besar dan berat giller macam set sofa eropah! Kita kan orang Asia beb?!

Sama juga dengan bilik makan, tak guna jika anda letakkan meja makan besardengan 8-seater jika ruang makan anda kecil. Sebaiknya dapatkan set meja makan dan kerusi yang bersaiz sederhana untuk bilik makan yang kecil. Satu hal lagi, ada orang suka meletakkan apa sahaja perabot dan segala macam mak-nenek di mana-mana sudut rumah yang kosong. Ape barang beb?!

Bagi saya, ini satu kesilapan dalam teknik dekorasi rumah kerana ia akan menjadikan rumah anda yang sediada kecil menjadi semakin sempit beb! Saya cadangkan elok semua benda-alah dan segala mak-nenek perabot hiasanyang tah-hape-hape tu disimpan dalam stor sahaja.

2. Memilih Warna Cat Yang Sesuai

Dalam pemilihan warna cat untuk dekorasi rumah anda, yang terbaik ialah memilih warna cat yang neutral. Kenape? Tak pecaye ke? Cuba lihat dalam mana-mana majalah hiasan dalaman dan anda akan dapati kebanyakan ruang dalaman/luaran rumah di cat dengan warna yang neutral dan tidak menyakitkan mata memandang. Antara kesilapan yang dilakukan sebagai contoh, satu brader sudah suka dengan warna biru gelap. Lalu dengan bangganya brader ni mengecat semua dinding rumahnya dengan warna biru gelap!

Kesannya, bahagian luar rumahnya nampak suram dan ruang dalam rumah yang luas nampak gelap dan sempit. Ini antara kesilapan dalam memilih warna cat rumah sebab dalam hal ini anda perlu pertimbangkan jika di masa depan anda ingin jual semula rumah tersebut; adakah bakal pembeli akan berkenan dengan warna rumah yang suram/gelap macam rumah hantu? Aku pun tak nak beli beb!Jadi pilihlah warna cat neutral yang terang, cerah dan lembut serta sejuk mata memandang.

3. Mencantikkan Semula Rumah Dengan Stail Terkini

Jika ruang/bilik rumah anda menggunakan kertas dinding zaman tok-kaduk lebih 10 tahun dulu, maka inilah masanya untuk anda menukar semula dengan kertas dinding fesyen dan stail semasa yang terkini lagi sensasi (cewah!). Dapatkanidea corak kertas dinding dari mana-mana majalah hiasan dalaman yang terkini (bukan majalah lama 10-20 tahun dulu beb).

Dan jangan lupa, jika anda masih menggunakan karpet dengan corak atau stail lama 10 tahun lalu, sekarang jugek masa yang sesuai untuk menukar karpet tersebut dengan yang baru! Karpet yang lama anda boleh jual aje kat Ebay dan boleh dapat modal beli karpet baru heheh!

Anda juga boleh menghias siling anda dengan mengecat semula siling tersebut atau menukarkannya dengan rekaan siling moden iaitu 'ceiling tiles' yang mempunyai pelbagai corak dan warna yang boleh disesuaikan dengan mood sesuatu ruang. Siling jenis ini boleh ditukar ganti dengan senang dan penjagaannya juga agak mudah.

Kesimpulan

Sebenarnya kalau nak bincang bab tips dan panduan hiasan rumah memang sampai bila pun tak habis, jadi saya cadangkan anda dapatkan idea dan bacaan tambahan melalui mana-mana majalah atau lamanweb yang memaparkan tips dekorasi rumah. Tapi jika anda mencari sebuah panduan lengkap tentang tips dekorasi rumah secara jimat, sila layari lamanweb PANDUANDEKORASI.COM.

Jumpa lagi & selamat menghias rumah anda dengan bajet murah ^__^

Tips Memilih Kontraktor

Jawapan kepada soalan ini sebenarnya bergantung kepada pengalaman anda dan ramai lagi yang pernah berurusan dengan pelbagai jenis kontraktor binaan, samada melibatkan projek kecil seperti membaiki paip jamban atau longkang sehinggalah projek ubahsuai/pembinaan kediaman yang besar iaitu membina rumah baru dari tanah yang kosong hingga siap untuk diduduki. 

Sudah tentu macam2 kerenah kontraktor binaan yang anda pernah temui, jika belum maka saya sekadar termampu akan berkongsi pengalaman saya sebagai perunding dalam memilih kontraktor binaan yang boleh diharap dan tidak akan menge'pau' wang anda! 

Disebabkan terdapat pelbagai jenis kontraktor yang menawarkan khidmat dalam pelbagai jenis kerja binaan, maka saya hanya akan berbincang dalam niche yang kecil sahaja, iaitu bagaimana untuk memilih kontraktor ubahsuai rumah yang boleh dipercayai. Berikut adalah tips yang selalu saya gunakan untuk 'menapis' kontraktor ubahsuai rumah yang boleh dipercayai;

a. Mempunyai lesen perniagaan / lesen kontraktor
Pilih kontraktor ubahsuai yang mempunyai lesen perniagaan yang sah dan berdaftar dengan pendaftar perniagaan samada lesen ROB (enterprise) atau ROC (sdn.bhd). Ini membuktikan bahawa mereka sangat serius berniaga dan menjadikan bidang ini sebagai kerjaya. Pastikan juga kontraktor tersebut mempunyai lesen kontraktor sekurang-kurangnya kelas F atau E sebagai bukti bahawa mereka adalah kontraktor yang berdaftar.

b. Alamat pejabat/urusniaga yang sah
Pastikan kontraktor ubahsuai anda mempunyai alamat urusniaga samada pejabat atau rumah. Sesetengah kontraktor kecil menjadikan alamat rumah sebagai alamat perniagaan. Dalam berurusniaga dengan mereka, jika mereka mudah dihubungi melalui telefon/emel dan dikunjungi di alamat pejabat/premis, maka ini antara tanda bahawa mereka mempunyai peniagaan yang jujur.

c. Rekod kerja dan profil syarikat
Saya secara peribadi lebih suka memilih kontraktor binaan yang mempunyai rekod kerja yang baik walaupun baru menyiapkan 2 atau 3 projek binaan/ubahsuai yang kecil & sederhana, seperti tambahan/pindaan rumah. Rekod kerja ini dibuktikan dalam dokumen profil syarikat yang boleh anda minta dari mana-mana kontraktor yang jujur. Dalam dokumen profil syarikat akan disenaraikan projek2 yang telah disiapkan berserta gambar sebelum/selepas dan kos projek yang telah disiapkan. Dengan ini anda boleh menilai sendiri hasil kerja mereka.

d. Menghubungi & melawat tapak projek yang telah siap
Susulan daripada rujukan anda kepada profil syarikat kontraktor tersebut, jika boleh eloklah anda hubungi klien terdahulu kontraktor tersebut dan dapatkan pengesahan. Anda digalakkan melawati tapak binaan yang telah siap untuk melihat kualiti binaan serta bertanya sedikit sebanyak kepada pemilik rumah (yang telah siap diubahsuai) tentang kontraktor binaan yang dilantik. 

e. Sebutharga ubahsuai yang berpatutan (dengan harga bahan binaan semasa)
Dalam hal ini, mana-mana kontraktor akan memberikan sebutharga ubahsuaiyang berbeza. Untuk mendapatkan sebutharga yang sesuai dengan bajet anda, minta kontraktor tersebut menyediakan secara bertulis dan terperinci;
- sampel bahan & harga bahan tersebut
- upah pasang / upah kerja bagi setiap skop kerja binaan
- jangkamasa siap kerja
- kos kerja yang ditanggung kontraktor (pembuangan sampah sisa binaan dsb)
- kos tambahan/luaran yang perlu ditanggung pemilik rumah/klien

Merujuk pada sebutharga yang terperinci ini, anda boleh berbincang dengan kontraktor & membuang atau menambah mana2 bahan yang dirasakan perlu dalam ubahsuai rumah anda sehingga anda dapat mencapai bajet ubahsuai yang sesuai dengan kemampuan anda tanpa berkompromi dengan kualiti bahan dan hasil kerja binaan. Kontraktor yang jujur akan memberi penjelasan & maklumat lengkap mengenai jenis/kualiti bahan binaan yang sesuai untuk kegunaan ruang di rumah anda serta harga pasaran bahan binaan dan upah kerja beliau secaraterperinci.

Saya yakin jika 5 tips di atas anda ikuti, insyaAllah anda akan dapat memilih kontraktor binaan yang sesuai dengan projek dan bajet anda, samada untuk ubahsuai rumah atau lain2 projek yang lebih besar. Saya mohon maaf kerana tips yang digariskan ini adalah sangat umum hasil dari pengalaman saya yang kerdil, jika anda ada tips tambahan, maka silalah kongsikan bersama dalam blog ini agar semua pengunjung dapat manfaat.

AWAS! Seboleh-bolehnya anda mesti ELAKKAN kontraktor binaan yang;
- tiada lesen perniagaan
- tiada alamat perniagaan/pejabat
- susah untuk dihubungi
- tiada rekod kerja & rujukan
- memberikan sebutharga paling murah giller
- memberi sehelai kertas sebutharga 'lump sum' tanpa perincian skop kerja/bahan binaan
- banyak berjanji dan mengaku boleh buat semua (kontraktor yg jujur akan mengakui bahawa ada skop kerja tertentu yang akan di'sub-con' kepada kontraktor lain)
- mengaku gerenti siap dalam tempoh singkat
- tidak mahu menyediakan perjanjian bertulis lengkap, hanya sediakan satu surat ringkas & terus sain & ambil deposit

Rumah Pelanggan Di Semenyih













Keadaan Di Site

















Pekerja Kontrak Megah Bina