Monday 24 September 2012

Tips Dan Panduan Menghias Semula Rumah


Sebenarnya rumah anda boleh dihias semula secara percuma atau hanya dengan menggunakan kos yang rendah. Antaranya dengan mengosongkan sebahagian ruang atau bilik dari perabot atau perkakas yang jarang digunakan dan cara ini akan memberikan suasana luas dan besar kepada ruang tersebut. 

Pilihan warna yang neutral
, terang atau cerah dalam mengecat dinding rumah akan lebih menyerlahkan keluasan ruang daripada penggunaan warna gelap kepada dinding. Mengecat dinding dengan warna cerah juga akan menukar suasana dan mood sesuatu ruang. Begitu juga dengan menukar kertas dinding atau karpet dalam sesuatu ruang akan memberikan suasana ruang yang baru dan moden. 

Berikut adalah 3 tips mudah untuk menghias semula rumah anda.

1. Menyusun Semula Perkakas & Perabot Rumah

Bergantung kepada keluasan sesuatu bilik atau ruang, semua perabot dalam ruang itu perlulah dipilih mengikut kesesuaian ruang. Sesetengah orang yang mempunyai rumah kecil membuat kesilapan dengan meletakkan perabot yang besar dalam rumah mereka. Untuk mendapatkan keselesaan dalam sesuatu ruang/bilik dan menjadikan seolah-olah ruang tersebut luas, adalah baik jika anda menghiasnya secara sederhana.

Sebagai permulaan, cuba periksa setiap ruang/bilik dalam rumah anda dan tentukan atau asingkan jenis perabot yang perlu dikekalkan dan jenis perabot yang menyemakkan bilik; keluarkan perabot yang tak digunakan (dan simpan atau jual!). Jika anda ada ruang tamu yang kecil, cukuplah dengan set sofa 3-seater dan 2-seater yang sederhana besarnya, elakkan dari menggunakan set sofa yang besar dan berat giller macam set sofa eropah! Kita kan orang Asia beb?!

Sama juga dengan bilik makan, tak guna jika anda letakkan meja makan besardengan 8-seater jika ruang makan anda kecil. Sebaiknya dapatkan set meja makan dan kerusi yang bersaiz sederhana untuk bilik makan yang kecil. Satu hal lagi, ada orang suka meletakkan apa sahaja perabot dan segala macam mak-nenek di mana-mana sudut rumah yang kosong. Ape barang beb?!

Bagi saya, ini satu kesilapan dalam teknik dekorasi rumah kerana ia akan menjadikan rumah anda yang sediada kecil menjadi semakin sempit beb! Saya cadangkan elok semua benda-alah dan segala mak-nenek perabot hiasanyang tah-hape-hape tu disimpan dalam stor sahaja.

2. Memilih Warna Cat Yang Sesuai

Dalam pemilihan warna cat untuk dekorasi rumah anda, yang terbaik ialah memilih warna cat yang neutral. Kenape? Tak pecaye ke? Cuba lihat dalam mana-mana majalah hiasan dalaman dan anda akan dapati kebanyakan ruang dalaman/luaran rumah di cat dengan warna yang neutral dan tidak menyakitkan mata memandang. Antara kesilapan yang dilakukan sebagai contoh, satu brader sudah suka dengan warna biru gelap. Lalu dengan bangganya brader ni mengecat semua dinding rumahnya dengan warna biru gelap!

Kesannya, bahagian luar rumahnya nampak suram dan ruang dalam rumah yang luas nampak gelap dan sempit. Ini antara kesilapan dalam memilih warna cat rumah sebab dalam hal ini anda perlu pertimbangkan jika di masa depan anda ingin jual semula rumah tersebut; adakah bakal pembeli akan berkenan dengan warna rumah yang suram/gelap macam rumah hantu? Aku pun tak nak beli beb!Jadi pilihlah warna cat neutral yang terang, cerah dan lembut serta sejuk mata memandang.

3. Mencantikkan Semula Rumah Dengan Stail Terkini

Jika ruang/bilik rumah anda menggunakan kertas dinding zaman tok-kaduk lebih 10 tahun dulu, maka inilah masanya untuk anda menukar semula dengan kertas dinding fesyen dan stail semasa yang terkini lagi sensasi (cewah!). Dapatkanidea corak kertas dinding dari mana-mana majalah hiasan dalaman yang terkini (bukan majalah lama 10-20 tahun dulu beb).

Dan jangan lupa, jika anda masih menggunakan karpet dengan corak atau stail lama 10 tahun lalu, sekarang jugek masa yang sesuai untuk menukar karpet tersebut dengan yang baru! Karpet yang lama anda boleh jual aje kat Ebay dan boleh dapat modal beli karpet baru heheh!

Anda juga boleh menghias siling anda dengan mengecat semula siling tersebut atau menukarkannya dengan rekaan siling moden iaitu 'ceiling tiles' yang mempunyai pelbagai corak dan warna yang boleh disesuaikan dengan mood sesuatu ruang. Siling jenis ini boleh ditukar ganti dengan senang dan penjagaannya juga agak mudah.

Kesimpulan

Sebenarnya kalau nak bincang bab tips dan panduan hiasan rumah memang sampai bila pun tak habis, jadi saya cadangkan anda dapatkan idea dan bacaan tambahan melalui mana-mana majalah atau lamanweb yang memaparkan tips dekorasi rumah. Tapi jika anda mencari sebuah panduan lengkap tentang tips dekorasi rumah secara jimat, sila layari lamanweb PANDUANDEKORASI.COM.

Jumpa lagi & selamat menghias rumah anda dengan bajet murah ^__^

No comments:

Post a Comment